Latar belakang Rampasan_Masjidil_Haram

Rampasan ini telah diketuai oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi, yang berasal dari sebuah keluarga Najd yang berkuasa. Dia mengisytiharkan abang iparnya iaitu Muhammad bin abd Allah al-Qahtani sebagai Imam Mahdi atau penyelamat umat Islam pada akhir zaman yang telah banyak dinyatakan dalam Hadis dari Nabi Muhammad s.a.w. Walau bagaimanapun, golongan fanatik mengabaikan fakta lain dan hanya bergantung kepada fakta bahawa nama al-qahtani dan nama ayahnya adalah sama dengan nama nabi dan ayahnya, dan mereka bergantung kepada hadis nabi yang di telah riwayatkan oleh Thabrani iaitu:
“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah).” (HR. Thabrani)

Tambahan lagi, tarikh serangan itu iaitu 20 November 1979, ialah hari pertama dalam tahun 1400 mengikut Kalendar Hijriah, yang mana telah dijelaskan dalam hadis lain bahawa pada hari itu Imam Mahdi akan mendedahkan perkara itu.

Walaupun salah satu tanda penting untuk mengenali Imam Mahdi adalah bahawa dia adalah keturunan Muhammad, Muhammad bin abd Allah al-Qahtani bukan keturunan Nabi Islam, kerana ia termasuk suku Al-Qahtani.